c

Kelas E-Learning Klik Dengan Bijak

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas E-Learning Klik Dengan Bijak. Peserta yang terlibat adalah seramai 5 orang daripada pelajar sekolah dari sekitar kawasan Kg Pandan. Kelas ini dijalankan bagi mengisi cuti sekolah para pelajar dan bagi menambahkan pengetahuan para pelajar dengan topik Klik Dengan Bijak (Ketagihan Internet). Menerusi kelas ini pelajar dapat mempelajari jenis-jenis dan akibat daripada ketagihan Internet melalui video-video daripada Internet yang ditayangkan kepada mereka. Kelas ini berlangsung selama 2 jam dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali